fb fb fb fb fb

Kedai koperasi Qariah Masjid Aman di Alor Setar sertai PJMKM

ALOR SETAR, 10 September - Bukan sekadar berfungsi sebagai pusat aktiviti keagamaan, Masjid Aman di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar turut menambah aktiviti ekonomi masjid melalui Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM).

Melalui kedai koperasinya, produk jualan PJMKM bukan sahaja dibeli penduduk tempatan malah pengunjung luar.

Terletak dalam kawasan yang menjadi tumpuan pelbagai golongan, kedai koperasi ini satu-satu di Kedah yang terletak di kawasan masjid di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sejak program dilancarkan di kedai itu minggu lalu, kedai koperasi Qariah Masjid Aman turut dikunjungi oleh golongan asnaf serta mereka yang bermusafir yang menjadikan sebagai pusat rehat dan rawat (R&R).

Penjualan produk utama seperti telur, ayam dan minyak masak dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran menjadikan kedai ini sebagai pilihan.


(Pengerusi koperasi Qariah Masjid Aman Kedah Berhad, Mohamad Saad Abas)

"Inilah koperasi yang telah mengambil bahagian, kita bantu yang telah memberi insentif-insentif untuk bagi jualan murah kepada beberapa ahli ahli asnaf," kata pengerusi koperasi Qariah Masjid Aman Kedah Berhad, Mohamad Saad Abas.

"Saya beli telur, berbeza harga di tempat lain dengan harga yang berpatutan, dekat ja," menurut pekerja swasta, Farah Nur Athirah Osman.

"Kedai bagi barang murah elok, sekarang ini barang naik kita ada tempat beli barang sangat murah, masjid jadi tumpuan sebab dekat dalam kawasan kita, ada jualan murah," kata Mohamad Fuad Mokhtar.

Di Kedah, sebanyak 52 buah kedai di setiap DUN menyertai PJMKM.

Media Baharu