KUALA LUMPUR, 24 Februari- Kadar kebolehpasaran graduan bagi Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) hampir mencecah 100 peratus dalam tiga tahun terakhir.
Jelas Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, kadar kebolehpasaran itu mencatat peningkatan ketara dengan 99.91 peratus pada tahun 2023, berbanding tahun sebelumnya, 99.38 peratus manakala tahun 2021 catat 99.16 peratus.
Data tersebut jelas, membuktikan TVET semakin diiktiraf sebagai laluan pendidikan yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri serta pasaran kerja semasa
"Pada masa sama, KPM juga membuat hebahan laluan pendidikan lanjutan bagi lepasan diploma TVET untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda teknologi di rangkaian universiti teknologi teknikal malaysia (MTUN) serta universiti tempatan di luar dan dalam negara.
"KPM turut memperkenal laluan khas martikulasi bagi murid berkeperluan berpendidikan khas lepasan program lepasan pendidikan khas integrasi Tingkatan 5 yang membolehkan mereka memperolehi sijil SKM di kolej vokasional," katanya.
Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik di Parlimen.
Tambahnya, KPM juga terus perhebat usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan TVET menerusi pelbagai program promosi dan kempen secara meluas.
Antaranya dengan menonjolkan kejayaan graduan lepasan TVET dalam pelbagai bidang serta mengetengahkan kejayaan murid TVET melalui pertandingan kemahiran dan inovasi melalui paparan di media sosial, cetak dan elektronik.