Kepulan asap jingga, bomba sahkan kebocoran bahan kimia

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 11 Jun – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan berlaku kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di kawasan perindustrian Pasir Gudang pada tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebocoran melibatkan tangki 200 liter berisi 'SPENT INORGANIC ACID'.
  • Sisa bahan kimia dipindahkan ke sistem scrubber oleh pihak kilang untuk pengawalan.
  • Operasi diteruskan oleh Pasukan Keluaran Operasi dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
  • Unit Bahan Berbahaya HAZMAT diminta hadir; tular kepulan asap jingga di media sosial.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Faisal Ismail berkata, kebocoran melibatkan satu tangki berkapasiti 200 liter, berisi ‘spent inogranic acid’.

“Ketika ini, sisa bahan kimia dipindahkan ke sistem ‘scrubber’ oleh pihak kilang terlibat bagi tujuan pengawalan.

“Manakala operasi masih diteruskan oleh Pasukan Keluaran Operasi dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, khidmat Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) juga telah dimohon untuk ke lokasi kejadian.

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan kepulan asap berwarna jingga di lokasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.