fb fb fb fb fb

KBS hasrat teruskan tayangan siaran langsung skrin besar

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat meneruskan penganjuran program skrin besar pada masa akan datang bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.

Menterinya Hannah Yeoh dalam satu kenyataan berkata, program itu yang diadakan sempena dua aksi separuh akhir Piala AFF 2022 melibatkan pasukan Harimau Malaya dan Thailand baru-baru ini, mendapat sambutan positif dengan lebih 150,000 pengunjung hadir di 60 lokasi seluruh negara.

Menurut beliau, program pada 7 Januari ketika Malaysia menentang Thailand dihadiri lebih 62,000 penonton di 17 lokasi tayangan, manakala lebih 87,000 orang pula menyaksikan separuh akhir kedua pada 10 Januari di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam.

KBS menganjurkan program itu pada 7 Januari berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou.

Kedua-dua program itu mempunyai jumlah peminat yang besar dan kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga.

KBS mengambil inisiatif menganjurkan program yang memberi peluang kepada penyokong bola sepak negara menonton perlawanan tersebut secara langsung melalui skrin besar bersama komuniti setempat.

(Foto hiasan)

Media Baharu