fb fb fb fb fb

Kastam Kelantan rampas rokok bernilai RM263,500

Foto RTM

RANTAU PANJANG, 6 Jun-Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 860,000 batang rokok bernilai RM236,500 dalam serbuan di Kampung Dalam, Tumpat, Kelantan pada Ahad  lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata kesemua rokok dengan nilai cukai lebih RM577,000 itu ditemui di dalam sebuah lori yang di parkir pada pukul 6.30 pagi.

"Modus operandi yang digunakan oleh sindiket adalah dengan meninggalkan motolori berisi rokok tidak berkastam di kawasan terpencil sebelum motolori terbabit akan dibawa oleh sindiket yang lain untuk diedar dan dijual bagi pasaran tempatan", katanya demikian pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM Cawangan Rantau Panjang hari ini.

Mengulas lanjut katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada rokok terbabit dibawa masuk melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok atau dari luar Kelantan sebelum dibawa ke lokasi serbuan.

Beliau berkata, anggota turut menyita lori terbabit dan siasatan masih lagi diteruskan  bagi mengesan pemilik lori berkenaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD