fb fb fb fb fb

Kapal pengangkut ditahan, bersauh tanpa kebenaran

(Penemuan peluru meriam dipercayai dari
zaman perang dunia kedua/Foto MARITIM Johor)

KOTA TINGGI, 29 Mei- Sebuah kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 20.1 batu nautika Timur Tanjung Siang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Tanjung Sedili, tengah hari semalam.

Kapal yang berdaftar di Fuzhou, China itu gagal mengemukakan kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Pengarah MARITIM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria memberitahu kapal berkenaan dikendalikan seorang lelaki warga tempatan bersama 31 kru lelaki termasuk nakhoda dari negara China dan Bangladesh.

Pemeriksaan lanjut menjumpai peluru meriam, disyaki mempunyai kaitan dengan kes penemuan bom Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor, 19 Mei lepas.

MARITIM Johor akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut dan Jabatan Warisan, bagi mengenalpasti peluru meriam itu yang dipercayai dari zaman perang dunia kedua.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491 B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

(Foto MARITIM Johor)

Media Baharu