Kapal GSF singgah sementara di perairan Greece, Turkiye laksana kerja pembaikan

Foto Sumud Nusantara

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi menjalankan kerja pembaikan sistem komunikasi serta enjin beberapa kapal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hentian teknikal bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan.
  • Keadaan laut bergelora mempengaruhi pergerakan; flotilla dijangka menyambung pelayaran ke Gaza pada 17 Mei selepas persiapan selesai.
  • SNCC menyeru solat hajat, Qunut Nazilah, munajat serta penyebaran fakta sahih dan rujukan rasmi; pertanyaan melalui portal tanya.sumudnusantara.com.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, hentian teknikal itu bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan.

“Keadaan laut bergelora di laluan operasi turut menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan semasa flotilla.

“Kapal-kapal GSF dijangka akan meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan,” katanya.

Dalam masa sama, SNCC menyeru rakyat Malaysia agar terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan delegasi serta kejayaan misi pembebasan Gaza.

“SNCC mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk lakukan tindakan menggandakan usaha menyebarkan fakta dan sejarah yang sahih, menangkis propaganda jahat rejim serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media.

“SNCC menegaskan bahawa setiap penyebaran maklumat hendaklah sentiasa berpandukan sumber yang sahih dan berautoriti,” jelas beliau.

Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan misi boleh dibuat melalui portal tanya.sumudnusantara.com.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.