PM luang masa bersama penduduk Chemor

Foto Pejabat Perdana Menteri

IPOH, 16 Mei – Dalam kesibukan program di Ipoh hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan meluangkan masa bertemu penduduk di Chemor, Perak, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • PM menyantuni lebih 300 penduduk dalam sesi minum petang santai, mesra dan penuh muafakat.
  • Pertemuan jadi platform bertukar pandangan mengenai isu setempat, krisis tenaga dunia dan pergolakan di Asia Barat.
  • Perdana Menteri tekankan kepentingan keamanan, perpaduan, semangat kebersamaan serta komitmen kerajaan terhadap kestabilan dan kebajikan rakyat.

Beliau meluangkan kira-kira 30 minit menyantuni lebih 300 penduduk dalam sesi minum petang bersama komuniti setempat di sebuah restoran, yang berlangsung dalam suasana santai, mesra dan penuh muafakat.

Mengakhiri lawatan ke Ipoh, pertemuan itu menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu setempat, perkembangan semasa serta cabaran global, termasuk krisis tenaga dunia dan pergolakan di Asia Barat mutakhir ini.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Dalam pertemuan itu, beliau sempat bertanya khabar, beramah mesra serta bergambar kenangan bersama komuniti setempat, termasuk para peniaga dan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir memeriahkan program berkenaan.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan negara kekal stabil serta kebajikan rakyat terus terpelihara tanpa mengira kaum.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.