fb fb fb fb fb

Kampung Angkat MADANI, seimbangkan pembangunan bandar dan luar bandar

Foto RTM

SEPANG, 11 Januari- Inisiatif Kampung Angkat MADANI merupakan usaha kerajaan memastikan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata menerusi kerjasama pelbagai pihak, ia mampu membawa perubahan positif serta meningkatkan kualiti hidup penduduk desa.

Jelasnya, lima skop projek telah disiapkan bagi tujuan tersebut.

"Ia merangkumi roboh dan bina semula balai budaya, roboh dan bina semula kantin, roboh dan bina semula tandas awam, bina baharu ruang niaga dan naik taraf infrastruktur.

"Harapan saya, dengan beberapa prasarana yang telah disiapkan, bukan sahaja penduduk asli Kelinsin dapat manfaat, tetapi juga lebih kurang 15 kampung orang asli yang terdapat di daerah Sepang yang akan dapat memanfaatkan lokasi ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi di Kampung Orang Asli Kelinsing di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM