GUAR CHEMPEDAK, 21 Julai - Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep 'Kedai Cari Rakyat' mendapat sambutan positif penduduk di kawasan itu.
Sejak awal pagi orang ramai sudah mulai beratur panjang untuk merebut peluang membeli barangan keperluan dengan harga potongan 30 peratus.
Rata-rata pengguna yang ditemui RTM berkata, Jualan Rahmah Bergerak ternyata meringankan beban mereka kerana dapat membeli dengan harga yang munasabah.
"Program seperti ini bagus untuk diteruskan sebab kos sara hidup sekarang tinggi, jadi saya sokong program ini diteruskan," kata Masriyah Mansor.
"Saya suka dengan harga keperluan asas Jualan Rahmah ini kerana harga jauh lebih murah berbanding dengan harga kedai, semoga program seperti ini diteruskan untuk memudahkan kos perbelanjaan rakyat," kata Zamidah Ismail.
"Program yang baik, elok diteruskan kerana kami hanya rakyat biasa yang hanya mampu membeli barangn dengan harga yang murah," kata Nazirul.
Jualan Rahmah itu melibatkan 222 kawasan Parlimen dengan jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran.
Program Jualan Rahmah Bergerak ini turut menawarkan ayam pada harga RM10 seekor, minyak masak 5kg pada harga RM20 sebotol, telur ayam kampung pada harga RM10 bagi sepapan, dan beras 5kg pada harga RM10 sekampit.
ARTIKEL BERKAITAN:
Jualan Rahmah Bergerak bantu rakyat secara bersasar - Fuziah
Jualan Rahmah Bergerak menerusi 'kedai cari rakyat' diadakan lebih kerap - Fuziah
Program Jualan Rahmah, RM30 juta telah dibelanjakan
Jualan Rahmah catat RM99 juta sejak dilancarkan awal Januari
Jualan Rahmah: Jabatan dan agensi KKD pergiat hebahan
Program Jualan Rahmah Bergerak wajar diteruskan