fb fb fb fb fb

Sambutan Tahun Baharu Cina di Kedah disambut meriah

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 29 Januari- Perayaan Tahun Baharu Cina di Kedah disambut dengan meriah.

Rata-rata masyarakat Tionghoa berkumpul bersama ahli keluarga mereka sejak semalam dan melaksanakan pelbagai aktiviti.

Ahli perniagaan, Datuk Tan Chor Seong berkata, setiap tahun, beliau bersama ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapanya di Perak.

Peluang menyambut Tahun Baharu Cina digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan persaudaraan memandangkan ramai di antara mereka tinggal berjauhan akibat faktor kerjaya.

"Pelbagai juadah dan kuih-muih dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

"Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini diharap dapat membawa kemakmuran, perpaduan, dan ekonomi yang lebih baik buat rakyat serta negara ini," katanya kepada RTM.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM