fb fb fb fb fb

LPP Kedah peruntuk RM39 juta kepada 18,200 pesawah berdaftar

SUNGAI PETANI, 21 Julai - Sebanyak RM39 juta semusim diperuntuk kepada 18,200 pesawah berdaftar melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kedah bagi membiayai program Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Insentif Pengeluaran Padi dan Insentif Pembajakan kepada Pesawah.

Pengarah LPP negeri Kedah, Azizul Lebai Ishak berkata ketiga-tiga program itu merupakan usaha kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara selain menambah pendapatan penanam padi.

(Azizul Lebai Ishak / FOTO RTM)

"Kita berterima kasih kepada kerajaan sekarang ini kerana telah membantu rakyat-rakyat yang terlibat terutamanya dalam sektor pertanian industri padi," kata Azizul ketika ditemui RTM, di sini.

Tambah Azizul, pemberian peruntukan akan diberikan kepada pengusaha yang mengerjakan sawah dengan keluasan maksimum 25 ekar.

Ini melibatkan kawasan seluas kira-kira 34,000 hektar bagi kawasan di luar Jelapang.

LPP mempunyai 20 Pertubuhan Peladang Kawasan di Kedah dengan keahlian seramai 56,000 peserta.

Media Baharu