fb fb fb fb fb

Kereta bertembung treler: Seorang maut, dua lagi cedera

Foto PDRM

GUA MUSANG, 5 November - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera termasuk suami mangsa selepas kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo, kemalangan berlaku kira-kira pukul 3.45 pagi apabila treler dipandu lelaki berumur 25 tahun dari arah Gua Musang menghala ke Padang Tengku bertembung dengan kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan

Akibat pertembungan itu, kereta yang dipandu suami mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.

Ketiga-tiga individu yang berada dalam kereta terbabit telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang.

Wanita tersebut yang merupakan penumpang di bahagian belakang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Superintenden Choon Foo meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 09-9121222 bagi membantu siasatan.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN