Kadar inflasi masih terkawal berbanding beberapa negara serantau

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/Gambar fail

PUTRAJAYA, 19 Mei – Harga minyak mentah Brent masih bergerak dalam julat tinggi iaitu antara AS$105.62 hingga AS$112.15 setong bagi tempoh 11 hingga 15 Mei lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inflasi meningkat kepada 1.9 peratus pada April, daripada 1.7 peratus pada Mac.
  • Inflasi Malaysia tetap sederhana dan terkawal berbanding beberapa negara serantau serta ekonomi utama dunia.
  • Peningkatan didorong oleh kumpulan pengangkutan, yang naik kepada 4.1 peratus pada April.
  • Kenaikan harga diesel dan RON97 menyumbang kepada tekanan inflasi domestik.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pergerakan itu menggambarkan pasaran masih sensitif terhadap risiko geopolitik dan jangkaan permintaan tenaga global, khususnya daripada ekonomi utama Asia.

Menurut beliau, kesan kepada pasaran kewangan domestik setakat ini masih terkawal.

“Setakat ini, kesan kepada pasaran kewangan domestik masih terkawal. Indeks FBM KLCI ditutup pada paras 1,740.22 mata pada 15 Mei 2026 berbanding 1,748.06 mata pada 8 Mei 2026, iaitu penurunan 7.84 mata atau sekitar 0.4 peratus

“Sepanjang tempoh 11 hingga 15 Mei 2026, indeks tersebut bergerak dalam julat kecil antara 1,740.22 mata hingga 1,750.56 mata pada penghujung dagangan harian. Ini menunjukkan sentimen pelabur masih
berhati-hati, tetapi tidak berlaku gangguan pasaran yang mendadak,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global pada Selasa.

Sementara itu, kadar inflasi negara meningkat kepada 1.9 peratus pada April berbanding 1.7 peratus pada Mac.

Bagaimanapun, Akmal Nasrullah berkata, inflasi Malaysia masih berada pada tahap sederhana dan terkawal berbanding beberapa negara serantau serta ekonomi utama dunia.

Peningkatan inflasi domestik terutama dipengaruhi kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 4.1 peratus pada April berbanding 1.6 peratus pada Mac.

Faktor utama adalah kenaikan purata harga diesel di Semenanjung Malaysia kepada RM5.92 sen seliter berbanding RM4.12 pada Mac, selain kenaikan harga RON97 kepada RM5.06 seliter berbanding RM4.03 sebelum ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.