KUALA LUMPUR, 14 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapat sambutan positif pengguna sehingga mencacat kenaikan jualan sebanyak RM99 juta sejak dilancarkan sejak awal Januari.
Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan KPDN, Ahmad Rizal Khalit berkata jumlah itu direkodkan setakat 30 Jun lalu.
"Jadi kementerian berhasrat untuk memperkembangkan lagi Program Rahmah melalui jualan ramai supaya rakyat boleh akses terus membeli barang yang dijual dengan harga diskaun.
"Oleh itu KPDN kini dalam perancangan menyiapkan kajian impak inisiatif Program Rahmah.
"Kajian ini bagi meneliti keberkesanan Program Rahmah dalam membantu mengurangkan impak kos sara hidup kepada rakyat," katanya ketika dalam temubual bersama Selamat Pagi Malaysia pagi tadi.
Tambah Ahmad, menerusi kajian tersebut, KPDN dapat menentukan sama ada inisiatif itu dapat diteruskan bagi jangka masa panjang.
Kementerian itu melaksanakan 3,557 Jualan Rahmah di seluruh negara sejak Januari awal tahun ini.
Jualan Rahmah itu melibatkan 222 kawasan Parlimen dengan jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran.
ARTIKEL BERKAITAN:
Program Jualan Rahmah Bergerak wajar diteruskan
Jualan Rahmah: Jabatan dan agensi KKD pergiat hebahan
Jualan Rahmah Perlis tawar barang keperluan Aidiladha
Jualan Rahmah Aidiladha bermula 16-28 Jun