fb fb fb fb fb

Jual kitab tanpa Perakuan Lembaga, pemilik premis didenda

Sofea Mohd Raduan

MERSING, 21 Februari-Seorang pemilik premis didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Mersing hari ini atas kesalahan menjual kitab Al-Quran tanpa Perakuan Lembaga, tahun lepas

Hukuman dijatuhkan sejurus tertuduh, Sofea Mohd Raduan, 34 tahun, mengaku bersalah di hadapan Majistret, Muhamnad Fitri Mokhtar. 

Hukuman penjara 12 bulan turut dikenakan terhadap tertuduh, sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati memiliki 10 naskhah Al-Quran pelbagai jenis tanpa perakuan, yang dijual di premis perniagaan miliknya. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis perniagaan di Jalan Sulaiman, Bandar Tepian Sungai, Mersing, pada pukul 12.05 tengah hari, 14 Jun tahun lalu. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 yang boleh dihukum denda maksimum RM10,000, atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Johor, Mohd Effendy Nordin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menyerahkan barang kes kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan pelupusan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM