fb fb fb fb fb

Johor siap siaga gerakkan anggota dan aset ke lokasi banjir

FOTO RTM

JOHOR BHARU, 3 Disember - Johor sedia menggerakkan 13,751 pegawai dan anggota pelbagai agensi keselamatan termasuk pihak berkuasa tempatan, PBT ke lokasi-lokasi bencana negeri itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya, K. Raven Kumar berkata, 11,125 pegawai dan anggota pasukan keselamatan, 1,265 pasukan agensi sokongan, 706 anggota PBT dan 628 anggota bukan kerajaan.

Raven turut berkata 560 aset air pelbagai jenis, 996 aset darat dan satu helikopter juga kini bersedia digerakkan untuk misi bencana.

Semua aset dan keanggotaan itu akan berada di 874 lokasi panas banjir yang dikenal psti di Johor.

"Beberapa latihan dan bengkel persediaandan kesiapsiagaan menghadapi bencana telah dilaksanakan dari pelbagai peringkat seperti latihan dalaman agensi dan latihan antara agensi.

"Sebagai contoh, Latihan Amal Simulasi Bencana Tsunami yang telah dijalankan di Daerah Mersing pada 5 September 2023 lalu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan organisasi luar iaitu PDRM, APM, JBPM, JKM, Rela, Ihsan Johor, Southern Volunteers, dan lain-lain agensi", katanya di sini.

Tambah Raven,Penyelarasan prosedur operasi standard, SOP bagi dua empangan juga dilaksana bagi mengelakkan situasi pelepasan lebihan air ketika banjir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD