fb fb fb fb fb

Johor sedia untuk bekerjasama sekiranya projek HSR diteruskan

JOHOR BAHRU, 13 Disember- Kerajaan Johor berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan semula kebolehlaksanaan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) bagi mewujudkan limpahan ekonomi khususnya di Johor.

Exco Pelaburan, Perdagangan, dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Lee Ting Han berkata, pihaknya sedang menunggu cadangan daripada Kementerian Pengangkutan, sebelum mengulas kerjasama pelbagai isu, termasuk isu berkaitan tanah.

"Maka kita harap di peringkat kerajaan persekutuan, Kerajaan Perpaduan baharu, dapat mempertimbangkan semula kebolehlaksanaan projek tersebut," jelasnya pada majlis penutupan Simposium Inisiatif 'Belt and Road' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.

Menurut Lee, Projek HSR dilihat mampu melahirkan tenaga mahir baharu, syarikat multinasional yang berpangkalan di Singapura mungkin memindahkan beberapa operasi ke Johor untuk penjimatan masa perjalanan sekitar 90 minit.

Susulan itu, satu gelembung ekonomi antara Kuala Lumpur dan Singapura boleh diwujudkan.

Turut hadir pada majlis tersebut Naib Canselor UTM Bahagian Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Hishamudin Mohd Ali, serta Menteri di Kedutaan Besar China ke Malaysia, Tang Rui.

(Foto hiasan)

Media Baharu