
KUCHING, 1 September – Enam kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap berbahaya setakat pukul 10 pagi tadi.
- IPU tertinggi: Serian 406, Kuching 398, Samarahan 369, Sri Aman 362, Sarikei 340, Sibu 321.
- Mukah 241, Bintulu 241 dan Samalaju 234 catat tahap tidak sihat.
- Beberapa stesen lain rekod tidak sihat: ILP Miri 187, Miri 180, Kapit 178, Labuan 167, Limbang 166.
- Kawasan lain: Kimanis 156, Keningau 156, Tawau 132, Johan Setia 123; 48 kawasan lagi pada tahap sederhana.
Kemaskini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) di portal Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Serian kekal rekod bacaan IPU tertinggi dengan 406.
Ini diikuti Kuching (398), Samarahan (369), Sri Aman (362), Sarikei (340) dan Sibu (321).
Tiga kawasan lain yang catat IPU tahap tidak sihat ialah Mukah dan Bintulu (241) manakala Samalaju dengan bacaan (234).
Sementara itu, Kualiti udara di kawasan lain berada pada kategori tidak sihat dengan stesen pemantauan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri merekodkan bacaan tertinggi iaitu (187) diikuti Miri (180), Kapit (178), Labuan (167) dan Limbang (166).
Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Kimanis dan Keningau di Sabah, masing-masing (156), Tawau (132) serta Johan Setia di Selangor (123).
Manakala 48 lagi kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana.