Jenazah kakanda Sultan Pahang selamat dimakamkan

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyiram air mawar ke makam kakanda baginda pada Istiadat Pemakaman Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Setia Hajah Aishah binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Makam Diraja Pahang/ BERNAMA

PEKAN, 27 Ogos – Jenazah kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah, 69 tahun selamat dimakamkan di Makam Diraja Pahang, Pekan pada pukul 2.30 petang tadi. Istiadat pemakaman itu selesai pada pukul 3.30 petang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah tiba di Masjid Sultan Ahmad 1 untuk penghormatan terakhir dan disolatkan selepas solat zohor.
  • Al-Sultan Abdullah, Tengku Ampuan Tunku Azizah dan Tengku Mahkota turut berangkat menyempurnakan istiadat pemakaman.
  • Bacaan Yasin diketuai Mufti Pahang Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim diikuti tahlil dan doa selamat.
  • Jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Khalid bin Al-Walid, Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang.

Sebelum itu, jenazah tiba pada pukul 1.25 tengah hari di Masjid Sultan Ahmad 1, Pekan untuk penghormatan terakhir dan disolatkan selepas solat zohor.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berangkat menyempurnakan istiadat pemakaman.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan Exco Pahang.

Jenazah kemudian dibawa ke Makam Diraja Pahang yang terletak berselahan masjid dengan penuh istiadat.

Bacaan Yasin diketuai Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim diikuti tahlil dan doa selamat.

Baginda berdua kemudiannya berkenan menyiram air dan menabur bunga ke atas makam Almarhumah.

Terdahulu, kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada 9.15 malam semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Jenazah telah dimandikan dan disolatkan di Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan padang Tembak, Kuala Lumpur.

Jenazah dibawa pulang dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan selamat tiba di Pangkalan Udara TUDM Kuantan pagi tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.