fb fb fb fb fb

Jemaah menteri baharu perlu fokus pulihkan ekonomi- PM

IPOH, 2 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan individu dilantik menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan agar sentiasa mengamalkan langkah penjimatan dengan berbelanja secukupnya mengikut keperluan.

Anwar berkata fokus kini tertumpu kepada pemulihan ekonomi negara.

Satu perjumpaan khas bagi memperincikan aspek pengurusan kementerian akan diadakan bersama anggota kabinet baharu, Isnin ini selepas majlis angkat sumpah, esok.


(Foto BERNAMA)

"Satu mesyuarat khas akan diadakan Isnin ini untuk menetapkan beberapa peraturan baharu pada jemaah menteri. Antaranya cara mengurus kementerian, berdamping dan bekerjasama dengan penjawat awam dan cara berjimat agar tidak membelanjakan lebih daripada secukupnya," katanya ketika berucap pada Program Kenduri Rakyat di sini.

Media Baharu