Jawatankuasa khas tangani jenayah penipuan dalam talian bakal dibentuk – Fahmi

Jawatankuasa khas tangani jenayah penipuan dalam talian bakal dibentuk – Fahmi

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Satu jawatankuasa khas akan dibentuk dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi memperkukuh kerjasama bersepadu antara agensi penguatkuasaan, badan kawal selia, syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan dalam menangani jenayah penipuan dalam talian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama terselaras antara penguatkuasa, pengawal selia, telekomunikasi dan institusi kewangan perlu bagi mengesan teknik penipuan baharu termasuk penyalahgunaan AI.
  • Bank-bank berjaya menyekat kira-kira RM1.2 bilion cubaan kecurian tahun lalu melalui mekanisme keselamatan mereka.
  • Kerajaan tumpu isu trauma mangsa, tingkatkan literasi digital dan galak orang ramai hubungi 997 NSRC serta jangan sewakan akaun bank.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan penubuhan jawatankuasa itu merupakan antara hasil pemukiman antara agensi berkaitan jenayah dalam talian yang berlangsung sejak 22 Mei lalu.

Menurut beliau, kerjasama yang lebih terselaras penting bagi membolehkan teknik baharu digunakan penipu atau scammer termasuk penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) dikenal pasti dengan lebih pantas.

“Saya telah dimaklumkan oleh penolong gabernor Bank Negara bahawa pada tahun lalu sendiri, bank-bank di Malaysia telah berjaya untuk menyekat lebih kurang RM1.2 bilion yang cuba untuk dicuri oleh penipu melalui mekanisme bank-bank sendiri” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan penutupan Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah Fahmi, kerajaan turut memberi perhatian terhadap aspek trauma dialami mangsa scam dan usaha meningkatkan literasi digital rakyat termasuk kesedaran untuk segera menghubungi talian 997 Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai juga diingatkan supaya tidak sesekali menyewakan akaun bank kepada pihak ketiga kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan jenayah melibatkan akaun keldai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.