
PUTRAJAYA, 7 September – Sebanyak 41 penerbangan ke Jakarta di lapangan terbang seluruh Malaysia dibatalkan pada Isnin, susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau.
- Pembatalan dijadualkan antara pukul 6.45 pagi hingga 11.55 malam hari ini, menurut MAHB.
- Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) rekod 30 pembatalan: 20 di Terminal 1, 10 di Terminal 2.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ditutup sementara selepas abu gunung berapi menjejaskan operasi penerbangan.
Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pembatalan itu melibatkan penerbangan yang dijadualkan antara pukul 6.45 pagi tadi hingga 11.55 malam ini.
“Jumlah pembatalan tertinggi direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dengan 30 penerbangan, iaitu 20 di Terminal 1 dan 10 di Terminal 2.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pula merekodkan tujuh pembatalan, diikuti Lapangan Terbang Subang dengan dua pembatalan, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, masing-masing satu pembatalan.
“Tiada pembatalan direkodkan di Lapangan Terbang Kota Bharu,” menurut kenyataan itu.
Pembatalan tersebut susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas abu gunung berapi daripada letusan Anak Krakatau menjejaskan operasi penerbangan.