Pengajian Kitab Turath, ekosistem berterusan bukan bermusim

Majlis-majlis ilmu aras tinggi sedia dianjurkan menerusi pelbagai program 

KUALA LUMPUR, 8 September – Majlis ilmu serta pengajian Kitab Turath akan terus diperkasa di negara ini, agar menjadi ekosistem berterusan dan bukannya bersifat bermusim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penghayatan akhlak Rasulullah melalui pengajian sirah sebagai kompas menangkis perpecahan dan fitnah media sosial.
  • Komitmen menganjurkan majlis ilmu aras tinggi dengan pelbagai program untuk memperkasa tradisi keilmuan.
  • Peranan Majlis Bukhari dan sokongan MAIWP memartabatkan pengajian hadis serta mengimarahkan majlis ilmu.
  • Jemputan hadir Festival Turath Islami Malaysia 2026 di Masjid Putra bagi mendalami warisan ilmu para ulama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika menyatakan komitmen itu menegaskan penghayatan akhlak Rasulullah SAW menerusi pengajian sirah amat penting sebagai ‘kompas’ kehidupan masyarakat dalam mendepani cabaran perpecahan dan fitnah media sosial.

“Kita akan terus menganjurkan majlis-majlis ilmu aras tinggi tahun ini, dengan banyak lagi program yang bakal dilaksanakan,”katanya pada Majlis Khatam Bacaan Kitab Syamā’il al-Muhammadiyyah yang dipimpin ulama tersohor, Al-Allamah Sheikh Mohammad Abul Huda Yaqoubi di Masjid Negara.

Program anjuran Majlis Bukhari Malaysia dengan sokongan MAIWP itu menjadi antara usaha berterusan mengimarahkan majlis ilmu dan tradisi pengajian hadis di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau turut mengajak orang ramai untuk hadir memeriahkan Festival Turath Islami Malaysia 2026 yang bermula Ahad ini di Masjid Putra, Putrajaya bagi terus menyemarakkan tradisi keilmuan Islam dan mendalami warisan ilmu para ulama serata dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.