
KUALA LUMPUR, 8 September – Hanya IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya iaitu 305, setakat 8.30 pagi Selasa.
- Sarawak kekal menjadi negeri paling terjejas apabila tiga kawasan catat bacaan IPU sangat tidak sihat.
- Secara keseluruhan, 25 kawasan di negara berada pada tahap tidak sihat; 36 sederhana; 3 baik.
- Tujuh kawasan di Sarawak berstatus tidak sihat termasuk Sarikei, Mukah, Samalaju, ILP Miri, Bintulu, Sibu dan Miri.
- Beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka juga catat IPU tidak sihat.
Sarawak kekal menjadi negeri paling terjejas apabila tiga kawasan turut mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat.
Menurut kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan dan Sri Aman, yang masing-masing merekodkan bacaan 246, 236 dan 234.
Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat manakala 36 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan tiga kawasan pada tahap baik.
Tujuh kawasan merekodkan IPU tidak sihat di Sarawak ialah iaitu Sarikei (184), Mukah (184), Samalaju (178), ILP Miri (170), Bintulu (170), Sibu (168), dan Miri (166).
Sementara itu, enam kawasan di Selangor iaitu Johan Setia (169), Shah Alam (165), Banting (159), Klang (157), Petaling Jaya (154) dan Kuala Selangor (152),selain Batu Muda (157) dan Cheras (155) di Kuala Lumpur, Putrajaya (155) serta Labuan (129) turut mencatatkan IPU tidak sihat.
Empat kawasan di Perak turut berada pada kategori sama iaitu Tanjung Malim (156), Seri Manjung (159), Tasek Ipoh (161) dan Pegoh Ipoh (152).
Kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di beberapa negeri lain iaitu Nilai (157) dan Seremban (152) di Negeri Sembilan serta Bukit Rambai (151) dan Alor Gajah (145) di Melaka.