fb fb fb fb fb

JAKM Kedah: Penyertaan lebih banyak usahawan desa

ALOR SETAR, 31 Ogos- Penyertaan lebih banyak usahawan desa dalam Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kedah, antara kelainan yang ditampilkan jelajah kali ini.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, di sini, pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung mulai 2 hingga 4 September.

Antaranya Karnival Kerjaya Jamin Kerja yang menawarkan lebih 4,000 kekosongan jawatan.

"Nampak ada persiapan dari segi acara besar dalam khemah tempat usahawan, tempat Karnival Kerjaya Jamin Kerja.

"Kemudian kementerian-kementerian juga ada booth, di mana mereka boleh pamerkan apa yang telah dilaksanakan.

"Saya tengok dari segi persiapan baik," katanya.

(Mahdzir Khalid)

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau persiapan JAKM Kedah, di sini hari ini.

Pada jelajah itu nanti, pengunjung juga berpeluang membuat pembelian seekor ayam dan beras lima kilogram dengan harga RM10 melalui jualan 'Happy Hour'.

Perkhidmatan bas shuttle percuma MARA Liner akan disediakan kepada pengunjung bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam, melibatkan dua laluan iaitu dari Stesen Bas Shahab Perdana dan Pekan Rabu.

Sepanjang tempoh 3 hari itu juga, hadiah cabutan bertuah berupa kereta Perodua Axia, motosikal dan peralatan barangan elektrik ditawarkan setiap hari.

Turut disediakan perkhidmatan menukar minyak pelincir motosikal percuma oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), persembahan artis tempatan dan forum perdana oleh tokoh agama terkenal.

Media Baharu