fb fb fb fb fb

JAKIM seru orag ramai semak sebelum sumbang guna kod QR

(Tangkap layar video tular daripada rakaman CCTV menunjukkan seorang
lelaki melekatkan kod QR pada kotak sumbangan derma di sebuh masjid)

KUALA LUMPUR, 11 April- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihati orang ramai berhati-hati dan membuat semakan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR di masjid atau surau. 

Ini susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki menampal dan menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid atau surau.

Menerusi satu kenyataan JAKIM memaklumkan, perbuatan seumpama ini amatlah tidak wajar kerana mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati umat Islam khususnya di masjid atau surau sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

JAKIM menyeru semua pihak terutama ahli jawatankuasa masjid dan surau sentiasa memantau kod QR di masjid dan surau masing-masing agar sumbangan/infaq tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Orang ramai juga disaran untuk membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelak perkara yang tidak diingini.


(Tangkap layar video tular daripada rakaman CCTV menunjukkan seorang

lelaki melekatkan kod QR pada kotak sumbangan derma di sebuh masjid)

Media Baharu