fb fb fb fb fb

Isu pendidikan akan diperincikan melalui sidang media khas

(Foto fail)

NIBONG TEBAL, 10 Disember- Semua isu berkaitan pendidikan akan diperincikan minggu depan menerusi satu sidang media khas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua perkembangan mengenai hala tuju pendidikan dalam negara untuk masa depan sedang diteliti ketika ini.

Beliau berkata, sesi mengenai pendekatan dalam bidang pendidikan itu akan dibuat selepas pertemuan dengan ibu bapa, pelajar dan serta pemegang taruh dalam sektor tersebut.


(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

"Ada beberapa isu yang kita sedang lihat, saya fikir dan saya menerima mengambil pandangan dan kritikan dan konsultasi, jadi saya fikir sangat penting bersama pasukan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pendidikan, pandangan guru dan pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Khatan Perdana Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi di Dewan Serbaguna Jawi.

Media Baharu