fb fb fb fb fb

Insentif Sinaran Merdeka inisiatif TNB semarak Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan Insentif Sinaran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Ia bagi menggalakkan pelanggan komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran, sekaligus menyokong usaha kerajaan dan pihak berkuasa tempatan menyemarakkan sambutan berkenaan.

Insentif Sinaran Merdeka ditawarkan bagi tempoh dua bulan bermula dari 1 Ogos hingga 30 September depan.

Menerusi insentif itu, peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata tiga bulan, iaitu Mei, Jun dan Julai 2022 akan dikenakan kadar tarif lebih rendah
sebanyak 20.8 sen per kilowatt jam.

(Foto fail)

Manfaat insentif khas akan dimasukkan ke dalam bil bulan Oktober 2022 dan akan dipaparkan sebagai Diskaun Karnival.

Pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui portal myTNB atau di Kedai Tenaga berdekatan.

Tempoh permohonan berakhir 15 September ini.

Insentif tahunan ini ditawarkan sejak tahun 2000 kepada semua pelanggan di bawah tarif
perdagangan.

Tahun lalu, TNB menerima 3,096 permohonan bagi Insentif Sinaran Merdeka dan daripada jumlah itu 1,910 pelanggan layak menikmati insentif tersebut.

Media Baharu