Inisiatif beli seragam sekolah secara ansuran ringankan beban ibu bapa

Fadhlina Sidek/ BERNAMA

NIBONG TEBAL, 8 Ogos – Pembelian pakaian seragam sekolah secara ansuran menerusi ‘Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Mahir’ meruspakan inisiatif bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak.

RINGKASAN BERITA AI
  • NADI memperkasakan usahawan tempatan melalui pembelajaran dan penglibatan komuniti dalam pembuatan pakaian seragam sekolah.
  • Konsep bayaran secara ansuran yang ditawarkan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa menjelang sesi persekolahan.
  • Program NADI Tuisyen Rakyat menyediakan kelas dan bimbingan percuma untuk manfaat pendidikan jangka panjang pelajar setempat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, inisiatif tersebut turut membuka peluang pendapatan serta memperkasakan usahawan tempatan yang dibimbing menerusi NADI selain membantu keluarga mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

“Antara perkara yang paling penting ialah produk yang dihasilkan NADI, khususnya melalui usaha menggerakkan komuniti dalam pembuatan pakaian seragam sekolah. Sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal saya melihat keperluan menyediakan pakaian seragam sekolah ini sentiasa menjadi antara perkara yang diberi perhatian oleh ibu bapa setiap kali menjelang sesi persekolahan.

“Melalui konsep bayaran secara ansuran yang ditawarkan NADI, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ibu bapa. Saya melihat ini sebagai antara program yang baik untuk rakyat dan saya berhasrat memberikan komitmen terhadap pelaksanaannya, khususnya bagi persiapan sesi persekolahan tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program MADANI Kita Bersama Komuniti Nibong Tebal di sini hari ini.

Pada program sama, beliau turut memuji pelaksanaan Program NADI Tuisyen Rakyat yang menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kelas tuisyen secara percuma kepada pelajar sekolah di Nibong Tebal dan berdekatan untuk manfaat jangka masa panjang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.