Tindakan AKPS sita kontena bawa muatan ke Israel bukti ketegasan Malaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) atas tindakan pantas menyita sebuah kontena yang disyaki membawa muatan dagangan strategik untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia tegas memastikan negara tidak menjadi laluan dagangan yang menyokong kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
  • Langkah selaras dengan komitmen Kumpulan The Hague dan larangan sejak Disember 2023 terhadap kapal Israel menggunakan pelabuhan negara.
  • AKPS menahan dan memeriksa kontena disyaki untuk eksport ke Israel yang mungkin melanggar Item No.15 Perintah Kastam 2023.

Beliau menerusi catatan Facebook menyatakan tindakan itu sebagai bukti ketegasan Malaysia dalam memastikan negara tidak menjadi laluan dagangan yang boleh menyokong atau menyumbang kepada kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Ia juga selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Kumpulan The Hague serta larangan yang telah berkuat kuasa sejak Disember 2023 terhadap kapal Israel dan kapal yang membawa muatan ke Israel daripada menggunakan pelabuhan negara.

“Malaysia akan terus berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan, keadilan dan undang-undang antarabangsa dalam mempertahankan hak serta maruah rakyat Palestin,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, AKPS dalam kenyataan memaklumkan menahan serta memeriksa sebuah kontena di PTP semalam yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

Menurut agensi itu, penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan Kerajaan Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.