
BUKIT MERTAJAM, 25 September – Jenazah abang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Idrus Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Cherok Tokun Bawah, di sini pukul 2.50 petang tadi.
- Solat jenazah diadakan di Dewan Solat Sementara Masjid Cherok Tokun dan dihadiri oleh ratusan jemaah.
- Solat jenazah diimamkan Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.
- Bacaan talkin disempurnakan Imam 1 Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah Ustaz Tengku Zahari Tengku Baharom.
- Datuk Seri Anwar dan isteri tiba di kediaman Allahyarham; Anwar mengenang jasa, pemergian dianggap kehilangan besar.
Sebelum itu, solat jenazah dijalankan di Dewan Solat Sementara Masjid Cherok Tokun yang turut dihadiri ratusan jemaah.
Solat jenazah diimamkan Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.
Manakala, bacaan talkin disempurnakan Imam 1 Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah, Ustaz Tengku Zahari Tengku Baharom.
Upacara pengebumian turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar menerusi hantaran media sosial mengenang jasa dan kasih Allahyarham Idrus Ibrahim terhadap keluarganya.
Pemergian itu sebagai kehilangan besar yang sukar diganti.
Sebelum itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kediaman Alahyarham Idrus Ibrahim kira-kira 11.05 pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut dengan suasana hiba oleh ahli keluarga dan penduduk setempat.