
KUALA LUMPUR, 25 September –Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) mencatat nilai jualan RM5.2 bilion dalam tempoh dua hari pertama penganjurannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- MIHAS kekal jenama pameran halal dunia serta platform perdagangan halal bertaraf global.
- Nilai jualan dijangka terus meningkat sehingga pameran berakhir, termasuk jualan dan potensi jualan.
- Penganjuran MIHAS di luar negara berpotensi meningkatkan nilai jualan serta peluang perniagaan antara perniagaan B2B.
- Penghargaan dirakamkan kepada semua pihak termasuk peserta luar negara yang bertungkus-lumus menjayakan MIHAS 2026.
Beliau berkata, nilai itu dijangka terus meningkat sehingga pameran berkenaan berakhir Ahad ini, termasuk daripada jualan dan potensi jualan.
“Ini memperlihatkan bahawa apabila MIHAS dianjurkan setiap tahun, ia menjadi satu jenama untuk pameran halal sedunia.
“Walaupun beberapa negara menganjurkan pameran yang sama, MIHAS tetap merupakan jenama penganjuran produk dan perkhidmatan halal yang terbaik di dunia,” katanya.
Beliau kata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2026 dan MIHAS 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Ahmad Zahid berkata pencapaian itu membuktikan MIHAS yang dianjurkan setiap tahun semakin kukuh sebagai platform perdagangan halal bertaraf global.
Katanya, kedudukan MIHAS sebagai platform perdagangan halal antarabangsa perlu dipertahankan, selain menyasarkan nilai jualan terus meningkat setiap tahun.
Beliau berkata penganjuran MIHAS di luar negara turut berpotensi meningkatkan nilai jualan serta peluang perniagaan antara perniagaan (B2B).
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk peserta pameran luar negara yang bertungkus-lumus menjayakan MIHAS 2026.