IFCEM 2027: Platform JBPM teroka aset baharu, mantapkan operasi

Majlis prapelancaran IFCEM 2027 di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 25 September – Persidangan dan Pameran Bomba Antarabangsa Malaysia 2027 (IFCEM 2027) akan menjadi platform strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meneroka aset serta teknologi baharu bagi memantapkan keupayaan operasi pasukan.

RINGKASAN BERITA AI
  • IFCEM digabungkan dengan AFSE untuk memperkukuh industri, pihak berkuasa dan akademia dalam keselamatan kebakaran.
  • AFSE menyediakan 220 ruang pameran, 100 untuk pempamer antarabangsa, dan seminar dijangka menarik kira-kira 1,500 peserta.
  • Program menekankan penggunaan kecerdasan buatan untuk pengesanan kebakaran, analisis data, ramalan dan sokongan keputusan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nordin Pauzi berkata, program pada 28 September hingga 1 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu akan menghimpunkan pemain industri, pakar, pengeluar teknologi dan pihak berkuasa dari dalam serta luar negara.

Ia diadakan serentak dengan Ekspo Keselamatan Kebakaran Asia (AFSE 2027), yang menyediakan 220 ruang pameran, termasuk 100 ruang untuk pempamer antarabangsa, manakala seminar dijangka menarik kira-kira 1,500 peserta.

“Kita berharap Malaysia sentiasa berada pada landasan yang betul, khususnya dalam aspek keselamatan kebakaran.

“Sehubungan itu, kita menggabungkan IFCEM dengan AFSE bagi memperkukuh industri serta pihak berkuasa dan akademia, sekali gus memastikan kita terus berada di hadapan dan tidak ketinggalan dalam industri ini.

“Kita juga mengharapkan lebih banyak penyertaan daripada semua pihak, termasuk dalam seminar dan ruang pameran, bagi sama-sama menjayakan usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pemberita selepas majlis prapelancaran IFCEM 2027 di sini hari ini.

IFCEM 2027 menyasarkan penyertaan lebih besar, manakala AFSE 2027 akan dianjurkan setiap tahun sebagai kesinambungan kepada IFCEM yang berlangsung tiga tahun sekali.

Menurut Datuk Nordin AFSE membolehkan industri terus mempamerkan teknologi, bertukar pengetahuan dan membina kerjasama antara penganjuran IFCEM.

Kerjasama JBPM dengan pelbagai organisasi turut membentuk pendekatan 4P yang merangkumi sektor awam, sektor swasta, masyarakat dan kerjasama, selaras dengan pendekatan Keseluruhan Negara kerajaan.

Sementara itu, penggunaan kecerdasan buatan (AI), termasuk dalam pengesanan kebakaran, analisis data, ramalan dan sokongan keputusan, turut menjadi fokus utama program berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.