fb fb fb fb fb

Ibadah haji: TH sedia unit rondaan sebagai pemandu arah jemaah

MAKKAH, 9 Jun- Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan unit rondaan yang akan berada di sekitar Masjidil haram sepanjang musim haji kali ini.

Pengurus Maktab 47, Roslan Jonet berkata unit berkenaan bertindak sebagai pemandu arah jemaah yang memerlukan.

"Kita lihat mungkin tersasar dan sebagainya kita akan bantu mereka untuk menunjukkan jalan ke arah penginapan mereka dan kita ada info yang kita letakkan di dalam bilik mereka, lokasi, bangunan ataupun penginapan mereka dan juga kawasan-kawasan berhampiran yang boleh dikenal pasti,'' katanya.


(Pengurus Maktab 47, Roslan Jonet)

TH juga sedang mempertimbangkan penubuhan kumpulan 'whatsapp' bagi memudahkan komunikasi antara jemaah dan petugas haji.

Setakat pengalaman musim haji sebelum ini, peratusan jemaah tersasar amat kecil apabila majoritinya mengikut saranan pergerakan yang dikeluarkan pihak Tabung Haji.

Pada tahun ini, seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji menerusi 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai.

Media Baharu