SARIKEI, 19 Januari- Hujan yang berterusan sejak semalam di Sarikei, Sarawak menyebabkan Jalan Ulu Sarikei Bayong dinaiki air dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahmudin Narudin dalam satu kenyataan berkata, rondaan pemantauan kesiapsiagaan bagi kawasan berisiko banjir telah dilakukan pada pukul 6.30 pagi tadi.
Jelasnya, air Sungai Kunang Ulu Sarikei telah naik dua kaki menyebabkan laluan utama dinaiki air dan menjejas pergerakan penduduk serta menghantar anak-anak ke sekolah.
"Sehingga pukul 10 pagi tadi rondaan susulan telah dilakukan dan trend air di Sungai Kunang Ulu Sarikei telah menurun dan laluan yang terjejas dapat dilalui seperti biasa,"katanya.