Hospital Seberang jaya berfungsi sebagai lead hospital kluster Seberang Perai

Hospital Seberang Jaya/Bernama


SEBERANG JAYA, 24 Januari
– Hospital Seberang Jaya kini berfungsi sebagai hospital pertama (Lead Hospital) bagi kluster Seberang Perai, Pulau Pinang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hospital Seberang Jaya ditetapkan sebagai hospital utama bagi kluster Seberang Perai.
  • Pembukaan bangunan baharu menambah kapasiti katil dan dewan bedah untuk meningkatkan perkhidmatan.
  • Fasiliti baharu memendekkan masa menunggu bagi pembedahan elektif dan rawatan kritikal.
  • Penaiktarafan membawa perkhidmatan kepakaran lebih dekat kepada penduduk Seberang Perai.

Ini merangkumi Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas dan Hospital Sungai Bakap.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pembinaan banggunan baharu yang dirasmikan hari ini turut menambah kapasiti katil dan dewan bedah di hospital berkenaan.

Kemudahan baharu itu sekali gus menyokong aliran perkhidmatan yang lebih efisien serta persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

”Melalui penaiktarafan ini, penduduk Seberang Perai tidak perlu lagi mengharungi kesesakan di jambatan untuk ke Hospital Pulau Pinang semata-mata bagi mendapatkan rawatan pakar.

”Fasiliti ini membawa perkhidmatan kepakaran lebih dekat kepada rakyat. Malah, dengan pertambahan kapasiti katil dan dewan bedah, kita mampu memendekkan tempoh menunggu bagi pembedahan elektif serta rawatan kritikal.

”Inilah erti sebenar pembangunan, ia bukan sekadar bangunan yang megah berdiri, tetapi tentang mutu perkhidmatan yang cekap, adil, berpaksikan ihsan dan memuliakan insan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Banggunan Baharu Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Majlis, dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Projek bernilai RM371 juta itu memberi tambahan kapasiti sebanyak 316 katil dan enam dewan bedah.