Helikopter terbakar : LTSAAS dibuka semula selepas selesai pemeriksaan keselamatan

Foto Malaysia Airports

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan akhir selesai dijalankan.

RINGKASAN BERITA AI
  • NOTAM dikeluarkan CAAM, landasan ditutup untuk pemeriksaan keselamatan dan kerja pembersihan.
  • Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan untuk maklumat terkini mengenai status dan jadual penerbangan.
  • Helikopter musnah terbakar di hangar MRO di Subang; kebakaran dipercayai bermula berhampiran tangki minyak.
  • Empat mangsa warga Ukraine terselamat; seorang cedera ringan terkena serpihan; JBPM dikerah ke lokasi.

Malaysia Airports menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, landasan berkenaan sebelum ini ditutup susulan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan.

“Dengan pembukaan semula landasan, operasi lapangan terbang kini kembali dijalankan secara berperingkat.

“Penumpang dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status dan jadual penerbangan,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, sebuah helikopter musnah terbakar dalam kejadian di hangar perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di LTSAAS, Subang, tengah hari tadi.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kebakaran yang berlaku berhampiran tangki minyak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar mengesahkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.30 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi kejadian.

Kesemua empat mangsa yang terdiri daripada lelaki warganegara Ukraine terselamat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka cedera ringan akibat terkena serpihan pesawat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.