
BANGKOK, 15 Ogos – Lima pemain dan tiga pegawai skuad sepak takraw Thailand dikenakan denda antara AS$5,000 hingga AS$10,000 selepas didapati bersalah meninggalkan perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF Kuala Lumpur 2026.
- Panel Pendengaran Tatatertib ISTAF bersidang di Bangkok pada 10 Ogos membuat keputusan mengenakan penalti.
- Phutawan Sopa, Wichan Temkort, Jakkrit Thinbangbon didenda AS$6,000 setiap seorang; Sittipong Khamchan dan Chattuphon Siriart AS$5,000.
- Narachit Kalachan dan Sahachat Sakhoncharoen didenda AS$8,000 setiap seorang; pengurus Auychai Srisuwan didenda AS$10,000.
- Tempoh penggantungan telah selesai; denda perlu dibayar dalam 14 hari atau penggantungan satu hingga dua tahun; rayuan 14 hari dengan bayaran AS$500.
Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader berkata, keputusan itu dibuat selepas Panel Pendengaran Tatatertib ISTAF bersidang di Bangkok pada 10 Ogos lalu.
Tiga pemain utama, Phutawan Sopa, Wichan Temkort dan Jakkrit Thinbangbon masing-masing didenda AS$6,000.
Dua pemain simpanan, Sittipong Khamchan dan Chattuphon Siriart pula masing-masing dikenakan denda AS$5,000.
Sementara Ketua Jurulatih Kebangsaan Thailand, Narachit Kalachan dan Penolong Jurulatih Kebangsaan Thailand, Sahachat Sakhoncharoen masing-masing didenda AS$8,000.
Pengurus Pasukan Kebangsaan Thailand, Auychai Srisuwan dikenakan denda tertinggi iaitu AS$10,000.
Tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap kelima-lima pemain dan tiga pegawai berkenaan telah selesai dijalani.
Mengikut Peraturan Prosedur Tatatertib ISTAF, sebarang denda yang gagal dilunaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan notis penalti akan mengakibatkan penggantungan antara satu hingga dua tahun.
Rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan notis penalti dengan bayaran rayuan sebanyak AS$500.