PORT DICKSON, 28 Mei- Sambutan Hari Belia Negara 2023 (HBN 2023) Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Port Dickson, merupakan tanda penghargaan tertinggi kerajaan atas sumbangan belia kepada pembangunan negara.
Acara seumpama itu, dapat menyatukan golongan belia tanpa mengira kaum, ataupun bangsa.
Pelbagai reruai pameran dan produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang turut serta pada HBN kali ini.
Dalam usaha memperkasa belia, 13 pecahan komuniti dilaksana pada karnival itu dan menyasarkan penyertaan seramai 25,000 orang.
Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohamad Fazril Mohd Saleh berkata, program itu juga dapat membantu memupuk belia dalam membincangkan isu yang dihadapi pasca COVID-19.
"Kita memikirkan belia adalah aset bagi negara ini. Dalam masa yang sama, kita berdepan dengan pelbagai isu, khasnya pasca COVID-19.
"Ini merupakan satu acara signifikan yang akan dapat membantu kita bersama memikirkan kaedah dan cara untuk kita kembali bangkit setelah menghadapi pelbagai pemasalahan seperti isu kesihatan, ekonomi, dan belia antara golongan yang paling terjejas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan, di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Karnival HBN 2023.
Kira-kira 25,000 pengunjung dianggarkan hadir pada sambutan kali ini dan pelbagai acara seperti, BMX dan Tamiya, turut disertakan.
(Anwar Ibrahim)