KOTA KINABALU, 3 November- Harga produk jualan di 93 kedai Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) di seluruh negara diturunkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata inisiatif tersebut dilaksanakan sebagai program jualan 'akhir tahun' berlangsung sehingga 31 Disember depan.
"Kalau harga barang di PERNAMA sama sahaja dengan kedai runcit diluar sana, maka tidak ada kelebihan. Kita ada kaedah PERNAMA yang kita gunakan di kem-kem dan pangkalan kita.
Saya telah memberi tempoh masa untuk mereka cuba usahakan iaitu sebulan dan hari ini saya bangga dan gembira kerana tidak sampai sebulan pun mereka dapat menunaikan janji mereka kpd Kementerian Pertahanan (MENHAN)," kata Hishammuddin kepada RTM dalam Lawatan Kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar, di sini.
Usaha dibuat bagi meringankan beban anggota tentera khususnya melibatkan perbelanjaan barangan keperluan harian dan persekolahan anak-anak.
(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin menjelaskan perkara tersebut dalam
satu sidang media hari ini, di Kota Kinabalu)