KUANTAN, 11 Januari - Situasi banjir di Pahang.
Hanya Sekolah Kebangsaan Temai di Pekan masIh dibuka sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang.
Menurut Info Bencana JKM, seramai 61 orang daripada 12 keluarga masih berada di PPS tersebut.
PPS berkenaan telah dibuka sejak 18 Disember lalu bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
Sementara itu, PPS terakhir di Rompin yang menempatkan 14 mangsa daripada empat keluarga menamatkan operasinya malam tadi apabila mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jabatan Meteorologi turut meramalkan cuaca baik di daerah Pekan sepanjang hari ini.