fb fb fb fb fb

Pulau Pinang terima hampir 200 aduan pokok tumbang

FOTO RTM

GEORGE TOWN, 17 September- Hampir 200 aduan berhubung pokok tumbang diterima di Pulau Pinang sepanjang tempoh tiga hari sejak Ahad lepas berikutan hujan lebat dan ribut.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata sebanyak 90 aduan diterima pada Ahad lalu, sembilan aduan pada hari kedua dan 73 aduan setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menjalankan kerja-kerja mengalihkan pokok sebaik menerima aduan.

"Aduan juga melibatkan rumah di tiga lokasi dan lapan kereta di enam lokasi. Proses pembersihan masih berjalan di lokasi-lokasi berkenaan untuk mengutamakan keselamatan orang awam," katanya pada sidang media di sini.

Tambah beliau, pihaknya mengambil maklum amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai ramalan cuaca ribut dan hujan lebat sehingga esok.

Justeru, orang ramai diminta mengurangkan aktiviti luar dan berhati-hati dengan keadaan cuaca semasa.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA