fb fb fb fb fb

Guna pakai struktur turapan jalan berdaya tahan sepanjang jalan Pelabuhan Klang

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 28 Februari - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mengguna pakai struktur turapan jalan berdaya tahan untuk mengatasi masalah kerosakan di sepanjang jalan Pelabuhan Klang akibat laluan kenderaan berat di laluan itu, kata Menterinya Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

"Jadi reka bentuk rekaan tapak atau 'road base' yang kukuh dengan menggunakan 'simen tinted base' juga dicadangkan supaya struktur utama jalan dapat menerima beban yang tinggi seperti spesefikasi pembinaan jalan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya dalam sesi soal di Dewan Rakyat.

Ketika ini, dua projek menaik taraf jalan di Klang sedang dalam pembinaan iaitu projek menaik taraf Jalan Pelabuhan Utara dari Klang Container Terminal (KCT) ke Northport, Pelabuhan Klang Selangor.

Manakala projek kedua melibatkan pembinaan serta menaik taraf Lingkaran Pulau Indah Fasa 3.

Bagi tahun ini hingga Februari KKR memperuntukkan sebanyak RM6.99 juta bawah program penyelenggaraan berkala pavemen,  penyelenggaraan berkala bukan pavemen,  penyelenggaraan jambatan serta penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat dan dijangka siap pada hujung Oktober depan.

Projek berkenaan dilaksanakan syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK). 

TETITIA YUSOFF