Graff for Nation 2.0 satukan penggiat seni enam negara

Foto Balai Seni Negara

JOHOR BAHRU, 27 September – Seramai 24 penggiat seni dari enam negara menyertai program ‘Graff For Nation 2.0’ bagi menghasilkan karya mural bersama penggiat seni tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program menyokong promosi Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026.
  • Penggiat seni dari Asia dan Eropah berpeluang berkarya bersama bakat tempatan menerusi penghasilan mural.
  • Program diharap memperkukuh peranan industri kreatif sebagai pemungkin ekonomi negeri dan jambatan perpaduan.
  • Inisiatif ini menjadikan seni kreatif tarikan pelancongan, menghidupkan ruang awam dan platform perkongsian kreativiti.

Program anjuran Balai Seni Negara itu turut menyokong usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026.

Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya, P. Pannir Selvam berkata, penggiat seni dari Asia dan Eropah diberi peluang berkarya bersama bakat tempatan menerusi penghasilan mural di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru.

“Saya berharap agar program Graff For Nation ini dapat menjadi satu platform utama untuk memperkukuhkan peranan industri kreatif sebagai pemungkin ekonomi negeri Johor, di samping menjadi jambatan perpaduan buat seluruh bangsa Johor”, katanya pada program Graff For Nation 2.0 di Kotajail, Johor Bahru, semalam.

Usaha itu sekali gus menjadikan seni kreatif sebagai salah satu tarikan pelancongan, selain menghidupkan ruang awam dengan karya seni.

Ia juga menjadi platform penggiat seni tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi idea serta kreativiti.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.