Malaysia bimbang kesan sosioekonomi global akibat konflik AS-Iran

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

NEW YORK, 27 September – Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap kesan sosioekonomi global susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, termasuk terhadap rantaian bekalan sektor-sektor kritikal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan dua hala antara Menteri Luar Malaysia dan rakan sejawat Iran mengenai implikasi konflik.
  • Pertemuan menyentuh perkembangan konflik dan usaha diplomatik untuk penyelesaian secara aman.
  • Malaysia menyeru peningkatan kerjasama antarabangsa bagi menangani kesan konflik, terutamanya keselamatan rantaian bekalan kritikal.
  • Kedua-dua negara komited memperkukuh kerjasama dua hala; Malaysia akan menjadi tuan rumah Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran 2027.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan rakan sejawatannya dari Iran, Dr. Seyed Abbas Araghchi di New York pada Sabtu.

Pertemuan itu turut menyentuh perkembangan konflik berkenaan serta usaha diplomatik ke arah penyelesaian secara aman.

Malaysia menegaskan usaha dan kerjasama antarabangsa perlu dipertingkat bagi menangani kesan konflik, termasuk memastikan rantaian bekalan dalam sektor kritikal terus terjamin.

Dalam aspek hubungan dua hala, kedua-dua negara turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme sedia ada.

Malaysia dijadual menjadi tuan rumah Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran pada 2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.