fb fb fb fb fb

Geotapak mata air panas Sungai Ber terbiar, kotor dan tidak diurus dengan baik

GUA MUSANG, 4 Ogos- Kawasan sumber air terpanas dengan suhu 72 darjah celcius di Geotapak mata air panas Sungai Ber, Lojing di Gua Musang kini semakin semakin terbiar sejak lima tahun lalu.

Tinjauan RTM di kawasan itu mendapati, air panas di dalam kolam itu dilihat kotor, kemudahan infrastruktur rosak dan persekitaran terbiar dengan sampah sarap serta bersemak.

Sebelum ini, kolam air panas yang terletak di Jalan Gua Musang-Lojing tersebut kerap dikunjungi penduduk tempatan dan luar negeri dengan
pelbagai tujuan untuk berehat serta mengubati penyakit kulit atau penyakit kronik.

"Setakat yang saya pergi di Tapah pun ada , Labok, Pusat Condong pun ada tapi tidak sepanas di sini. Tadi saya cuba dengan botol. Nampak lembut, macam cair jugalah. Airnya terbukti panas di sini. Harapan saya kepada pihak kerajaan dan masyarakat yang datang tu agar menjaga kebersihan , ini adalah flora fauna yang harus dijaga sama ada burung ke , pokok-pokok ke," kata salah seorang pengunjung, Mohd Johan Awang Kecik.

"Bagi pendapat saya apabila saya singgah sini, saya dapati keadaan tidak memuaskan, dengan persekitaran sampah-sampah dan wakaf yang terbiar pecah-pecah dari segi bumbung, jubin semua. Kolam juga berkeladak jadi saya minta pihak berwajib masuk tengok tempat ni dan buat baik pulih," menurut seorang lagi pengunjung, Rohaizad Che Jusoh.

Geotapak mata air panas Sungai Ber terletak di kawasan Lojing dengan perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 15 minit dari bandar Gua Musang.


( Mohd Johan Awang Kecik)


(Rohaizad Che Jusoh)

Media Baharu