SEGAMAT, 28 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada pukul 7.56 malam tadi.
MET Malaysia memaklumkan, gempa bumi berukuran 2.5 magnitud dikesan berlaku pada kedudukan koordinat 2.6 darjah Utara dan 102.8 darjah timur iaitu 13 kilometer (km) utara dari Segamat.
"Gegaran itu berlaku sehingga kedalaman 10 km.
"Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MET Malaysia menerusi pautan ttps://forms.gle/2oEMtASN33W6TV9g7 bagi membantu siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Kejadian terbaharu hari ini merupakan gegaran kali keempat dikesan berlaku di Segamat.
BERITA BERKAITAN:
- Tekanan tektonik punca gempa bumi lemah di Segamat
- Gempa bumi Segamat: Tiada risiko gegaran lebih kuat
- Zon Sesar Mersing, punca gempa bumi di Segamat
- Gempa bumi lemah gegar Segamat pagi tadi
- MetMalaysia sahkan tiada risiko susulan gempa bumi lemah di Johor
- Gempa bumi lemah di Segamat, gegaran dirasai di beberapa negeri