fb fb fb fb fb

Program CEN 2026, ringankan beban pendidikan 100 pelajar asnaf

Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin (dua dari kanan)/RTM

IPOH, 29 Disember- Seramai 100 pelajar asnaf daripada sekolah rendah dan menengah bakal menerima manfaat menerusi penganjuran Program Community Education Network (CEN) 2026: Ar Rahman Wakaf Ilmu - Back to School for Asnaf, di Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) Ipoh, Sabtu ini.

Program diadakan bertujuan meringankan beban kewangan keluarga asnaf dalam menyediakan kelengkapan persekolahan menjelang sesi baharu tahun 2026.

Menurut Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin, program itu bukan sahaja memfokuskan kepada penyediaan bantuan fizikal, malah turut menekankan aspek kesedaran tentang kepentingan pendidikan.

Selain itu, ia dapat memperkukuh penglibatan komuniti dalam pembangunan sosial yang mampan.

"Perkara paling penting ialah mewujudkan satu wadah yang menghimpunkan pelbagai pihak, sama ada daripada NGO mahupun sektor korporat, bagi membolehkan penyaluran bantuan berteraskan pendidikan dilaksanakan secara lebih berkesan."

"TIC merupakan sebuah institusi pengajian tinggi, namun pendekatan yang dibawa adalah berteraskan jiwa rakyat, dengan memberi keutamaan kepada kefahaman terhadap cabaran dan permasalahan, khususnya yang dihadapi oleh pelajar daripada golongan B40," kata Tina kepada pemberita, hari ini.

Melalui program berkenaan, pelajar asnaf akan menerima bantuan termasuk pakaian seragam sekolah, beg, kasut, alat tulis serta keperluan asas pendidikan.

Turut disediakan, Wakaf Pendidikan KAFA bagi menyokong pembelajaran Al-Quran dan Fardu Ain secara berterusan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM