fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa pulau Jawa, Indonesia

PETALING JAYA, 9 Oktober- Satu gempa bumi berukuran sederhana 5.2 pada skala richter telah berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 6.02 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa berpusat di 7.2 darjah Selatan 105.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

"Gempa berdekatan 120 kilometer Barat dari Sukabumi, Indonesia.

"Penilaian awal mendapati, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

 (Gempa bumi sederhana landa pulau Jawa, Indonesia/Met Malaysia)

 

Media Baharu